7th August 2008

kad kredit

kad kredit.
satu bentuk alat kewangan yang sungguh menakjubkan pada masa kini. Jika anda tahu gunakannya, maka anda mendapat kebaikan & keuntungan, bank bekerja untuk anda. Jika tersilap langkah, anda terpaksa bekerja untuk bank.

Adakah anda pengguna kad kredit?
Berapa kad kredit yang anda ada?
Adakah anda pengguna kad kredit yang baik?

posted in Uncategorized | 0 Comments

5th June 2008

Perancangan Kewangan? Pengurusan Kewangan?

apa itu perancangan kewangan? pengurusan kewangan?
( financial planning? financial management? )

secara kasarnya, perancangan kewangan ialah suatu proses yg komprehensif berkaitan wang & kehidupan kita. ia melibatkan cara & teknik yang sesuai kita amalkan dalam mengurus wang tersebut. secara tidak langsung, perkara ini sudah menjadi sebati dalam darah daging kita hasil didikan ibubapa, pergaulan dengan rakan-rakan, dan tunjuk ajar oleh orang-orang yang lebih berpengetahuan tentangnya.

Secara sedar atau tidak, kita sentiasa merancang bagaimana kita ingin menggunakan wang tersebut. Disinilah datangnya konsep ‘pengurusan kewangan’. ia juga adalah suatu proses, skill yg dimiliki berdasarkan pengetahuan masing-masing dalam menjayakan perancangan kewangan tersebut.

1. aliran tunai; keluar masuk duit
2. cukai / zakat
3. insurans / takaful
4. pelaburan / penjanaan wang / penambahan pendapatan
5. persaraan
6. perlindungan pendapatan/kekayaan
7. pengagihan pendapatan/kekayaan

dan banyak lagi.

Apa yang penting ialah bagaimana kita merancang seterusnya menguruskan kewangan diri sendiri, pasangan dan juga keluarga. Setakat manakah kesedaran kita terhadapnya? Justeru, saya berpendapat ‘ilmu kewangan’ inilah yang paling utama patut diajar sejak dari bangku sekolah lagi. Mendidik generasi akan datang supaya tahu erti ’survival’ dari sudut kewangan dalam realiti kehidupan mereka setelah mereka dewasa nanti.

Siapalah saya untuk mengubah kurikulum pendidikan negara? Mungkin boleh, tetapi impaknya bukanlah dalam masa terdekat, kerana perubahan tersebut perlu lahir dari perubahan minda dalam setiap ibubapa yang mendidik anak-anak mereka tentang wang. Ibubapalah yang memainkan peranan paling penting dalam mendidik hati dan jiwa anak-anak mereka, melatih,mengubah,memberi tunjuk ajar, membimbing, memberi contoh teladan yang sesuai dalam aspek pendidikan kewangan.

perancangan & pengurusan kewangan memang merupakan salah satu daripada cara hidup kita yang samada kita sedar atau tidak sahaja. Saya menyeru anda semua untuk berusaha memperbaiki dan menambah ilmu kewangan anda dari masa ke semasa. Rasionalnya anda sendiri tentukan. Jika baik, maka baiklah, jika buruk, maka buruklah untuk anda.

Salam kewangan.

posted in kewangan | 0 Comments

13th April 2008

Garage Sales

books for sale

Silalah layari garage sale untuk diskaun2 hebat buku2, perkakasan rumah, barang2 elektrik & elektronik.

posted in books | 0 Comments

12th April 2008

http://www.huzaimy.com

Alhamdulillah, syukur…
Dapat juga disiapkan blog peribadi ini yang akan mengkhususkan kepada aspek perancangan & pengurusan kewangan individu. Semoga Allah memberkati & merahmati apa jua yang ingin saya kongsikan disini.

Salam kedamaian,
Huzaimy.

posted in pengenalan | 0 Comments

  • Calendar

  • August 2008
    M T W T F S S
    « Jun    
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031